Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

BN Selangor kalah besar Noh jadi mangsa

Harakahdaily  

Abdul Aziz Mustafa, 18 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor.

"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.

BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat.

Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja  Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam kerajaan.
{ Read More }


Sabtu, 08 Februari 2014

Putrajaya Lumpuhkan BN di 3 negeri dulu

Harakahdaily

Nazri Abdullah, 14 Jun 2012


(Salahudin semasa berceramah malam tadi)

BANGI: Jika rakyat mahu pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Rakyat, mereka perlulah melumpuhkan BN sekurang-kurangnya di tiga negeri, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Bercakap dalam ceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi beliau berkata, tiga negeri itu adalah Johor, Sabah dan Sarawak.

"Jika kita bercakap hari ini nak ke Putrajaya, saya nak bagitahu ada tiga tempat kita kena lumpuhkan Umno BN.


(Sebahagian orang ramai yang mendengar ceramah PAS di Bangi malam tadi)

"Lumpuhkan separuh mereka di Sarawak, ambil separuh di Sabah dan separuh lagi di Johor.

"Kalau tiga negeri ni boleh menyumbang dalam kemenangan Pakatan pada pilihan raya akan datang, kita boleh ambil Putrajaya," katanya.

Menurutnya lagi, pada pilihan raya umum akan datang, Pakatan yakin mampu mengekalkan kesemua negeri yang sedang diperintah iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Pada masa sama juga, Pakatan Rakyat juga yakin mampu mengambil semula Terengganu dan Perak.

Jika sasaran tersebut berjaya dicapai, maka katanya, hasrat rakyat untuk menukar kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.

Sementara itu hampir 1000 orang hadir pada ceramah anjuran PAS Putrajaya itu malam tadi.

Turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof.

Turut hadir malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest