Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

Kerajaan tarik balik RUU Pentadbiran Agama Islam

Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun  yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.

"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Menurut itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, semua pindaan yang berbangkit (consequential amendments) daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 akan juga ditarik balik.

Ujarnya lagi, penarikan itu dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang berkenaan secara holistik dan akan dibentangkan semula selepas mendapat persetujuan semua pihak.

"Kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia maka isu pertikaian status agama anak ini juga perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam," katanya.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh his parent or guardian.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam v. Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan parent sebagai mufrad (singular).

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.
{ Read More }


Senin, 17 Februari 2014

Alhamdulillah Thierry Henry Masuk ISLAM


Thierry Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
{ Read More }


Minggu, 02 Februari 2014

NGO Lapor Polis Dakwa Pelajar Islam Diberi Bible Di Hadapan Sekolah

NGO Lapor Polis Dakwa Pelajar Islam Diberi Bible Di Hadapan Sekolah


GEORGE TOWN – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, pada Jumaat membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.
Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata, pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.
“Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.
Beliau berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. – BERNAMA
(GAMBAR di atas dari sumber Facebook memperlihatkan aksi dua lelaki dengan buku yang dipercayai Bible dalam bahasa Melayu yang didakwa diedar di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang baru-baru ini)
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest